Sunday, October 10, 2010

Peristiwa Memali 1985


Peristiwa Memali berlaku pada 19 November 1985. Insiden ini mengorbankan 18 orang dan berpuluh-puluh yang lain tercedera serta penahanan beratus-ratus orang. Kesemua yang ditahan telah dibebaskan kecuali 36 orang. Mereka ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Dalam pertempuran antara orang kampung dengan pihak polis, Ustaz Ibrahim Mahmud atau lebih dikenali dengan Ibrahim Libya telah terbunuh. Polis memanggil operasi ini sebagai 'Operasi Angkara/Operasi Hapus'.
Peristiwa ini terjadi ketika Datuk Seri Musa Hitam menjadi Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan Menteri Keselamatan Dalam Negeri. Ketika itu Tun Dr Mahathir Mohamad selaku Perdana Menteri Malaysia berada di China.

Lokasi

Peristiwa berlaku di Kampung Memali yang terletak di mukim SiongBalingKedah berhampiran dengan sempadan Kedah-Thailand. Penduduknya keturunan Melayu. Sebahagian lagi mempunyai kaitan dengan Siam/Patani. Aktiviti ekonomi mereka ialah menoreh getah dan bersawah padi.
Baling merupakan sebuah daerah yang dikaitkan dengan pertemuan antara Tunku Abdul Rahman dengan Chin Peng dari Parti Komunis Malaya pada tahun 1955. Baling dikejutkan lagi pada tahun1974 berikutan insiden kebuluran pada era Anwar Ibrahim menjadi pemimpin pelajar. Seterusnya Baling dikejutkan dengan Peristiwa Memali.

[sunting]Tayangan video

Peristiwa ini dipaparkan melalui tayangan video oleh RTM1. Video ini memaparkan segmen penduduk kampung yang bersenjata paranglastik dan molotov cocktail (bom petrol) menyatakan perasaan tidak puas hati mereka terhadap pihak polis yang mengepung penempatan tempat tinggal mereka selama beberapa bulan.
Pihak FRU pula menggunakan dua buah kereta perisai bagi memecahkan pintu papan di rumah Ibrahim Libya. Kelihatan juga seorang perempuan tua yang bagaikan histeria mahu mempertahankan Ibrahim Libya.
Walaubagaimanapun, tayangan video berkenaan dikatakan telah disunting oleh pihak berkuasa untuk menampakkan kumpulan yang diserang sebagai pengganas.
Video berkenaan turut menayangkan pengakuan daripada bapa Ustaz Ibrahim Libya, Haji Mahmud Senapi, adiknya, Ismail Mahmud dan orang kanannya, Yusuf Husein. Ketiga-tiga mereka ketika itu masih berada di dalam tahanan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
Mereka membuat pengakuan salah serta mendedahkan beberapa perancangan kumpulan mereka. Mereka turut menyatakan kesal di atas penglibatan mereka di dalam kumpulan Ustaz Ibrahim Libya dan menyeru rakyat Malaysia supaya memaafkan mereka.
Bagaimanapun selepas dibebaskan, ketiga-tiga mereka telah menyampaikan ceramah ke seluruh Malaysia di atas pentas PAS, mendedahkan bahawa mereka sebenarnya telah dipaksa membuat pengakuan berkenaan.

[sunting]Operasi Angkara

Musa Hitam selaku Timbalan Perdana Menteri Malaysia menjelaskan Operasi Angkara bertujuan menangkap dan menghapuskan penjenayah. Ibrahim Libya memang dikehendaki pihak polis di bawah ISA. Ibrahim Libya dituduh mengancam keselamatan negara dengan kegiatan memecah-belahkan masyarakat Islam. Selain itu, dalam sidang akhbar New Straits Times bertarikh 21 November 1985 Musa Hitam turut menyanggah kenyataan yang dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam Kedah yang mengatakan Ustaz Ibrahim hanyalah memberikan ceramah agama.
Ibrahim Libya juga dituduh melindungi penjenayah yang sangat dikehendaki oleh Polis iaitu Yusof Che Mit dan Ramli Che Mit. Sebelum polis menyerang, penduduk kampung yang berkumpul di rumah Ibrahim Libya diminta menyerahkan Yusuf dan Ramli, tetapi mereka berdua tidak ada di situ. Beberapa hari kemudian Ramli ditangkap, tetapi tidak pula dibicarakan di mahkamah kerana dia ditahan di bawah ISA.
Ibrahim Libya lahir dan tinggal di Kampung Memali,mukim Siong, Baling, Kedah.
Lulusan Universiti Al AzharMesir. Kemudian menyambung pengajiannya di India dan Libya. Bekerja sebagai pegawai pendakwa di Bahagian Agama di Jabatan Perdana Menteri Malaysia.
Beliau kerap berceramah di RTM 1 Malaysia. Kemudian memulakan kelas agama dan sekolah agama di kampungnya di Kampung Memali. Beliau ingin meneruskan usaha tuan-tuan guru pada masa yang dahulu yang membuka sekolah pondok atau sekolah agama. Perjuangannya sealiran dengan PAS dan menyertai PAS kemudiannya.
Pada tahun 1978, atas tiket PAS bertanding di kawasan Bayu-Baling. Beliau memperoleh 5,081 undi berbanding 6,169 undi yang dimenangi Barisan Nasional.

[sunting]Polis bertindak

Terlalu banyak ajaran sesat di Malaysia sehingga menyerang Balai Polis Batu Pahat dan serangan terhadap kuil Hindu di Kerling pada tahun 1979. Kementerian Dalam Negeri Malaysia menerusi polis dan pegawai agama di Jabatan Agama Islam tidak mahu insiden ini berpanjangan. Ajaran sesat haruslah ditumpaskan terlebih dahulu sebelum menjadi tragedi. Peristiwa Memali adalah insiden yang dituduh oleh parti pemerintah sebagai satu kaedah untuk menghapuskan ajaran sesat.
Di Kem Pasukan Polis Hutan Sungai Petani, Kedah; 3,600 anggota polis daripada pelbagai bahagian termasuk FRU (Pulau Pinang), Pasukan Senoi Praaq, anggota polis beruniform, Unit Tindakan Khas (UTK Berpakaian Komando 69) dari Bukit Aman menerima taklimat dari pegawai Bukit Aman.

Malam itu Ibrahim Mahmud memberi kuliah sehingga jam 11.45 malam . Penduduk seramai 50 orang hadir. Kuliah atau ceramah biasa jarang benar sehingga 11.45 malam. Kecualilah ceramah politik, itupun ada sekatan dan larangan dan perlu permit daripada Balai Polis Daerah.
Sekatan jalan raya dan meminta Ibrahim Libya menyerah diri merupakan tindakan terbaik. Alternatif lain turut difikirkan. 10 orang polis dikatakan telah menyusup masuk ke Kampung Memali dan memberi laporan.
Jika tindakan mengepung dilakukan, mungkin memakan masa 3 bulan. Dua buah kereta perisai digunakan bagi mengelakkan kemalangan di kalangan FRU dan polis. Tambahan pula Baling merupakan kawasan berhampiran sempadan di mana komunis dipercayai masih berkubu . Komunis sentiada mencari titik lemah anggota tentera yang meronda sempadan Malaysia-Thailand.

[sunting]Persediaan di Madrasah

Ibrahim Libya dan 39 pengikutnya yang tidur di madrasah tersebut telah dimaklumkan oleh seseorang akan bilangan polis yang ramai di Balai Polis Sungai Petani.
Pelbagai senjata ala kampung disediakan seperti kapak, pisau dan buluh runcing. Mereka yang mahir memasang molotov cocktail yang diperbuat daripada minyak tanah dan petrol.
Seluruh pengikut Ibrahim Libya menunaikan solat hajat, membaca surah Yassin dan berzikir sebagaimana pahlawan Islam dahulu.
Sepasukan polis yang terdiri daripada Pasukan Polis Hutan, Senoi Praaq, Polis Anti-Pengganas Unit Tindakan Khas (UTK berpakaian Komando 69), Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) serta Tugas Am bertindak melakukan serbuan di madrasah tersebut. Dalam serbuan tersebut, seorang pegawai kanan Pasukan Polis Hutan, seorang anggota pangkat rendah dan seorang konstabel tertembak. Mengikut sumber dalaman, mereka yang terkorban terkena peluru sesat dari pasukan tersebut itu sendiri semasa serbuan dibuat.[perlu rujukan] Tiada penduduk yang pernah dibicara kerana memiliki senjata api selepas kejadian tersebut.
Dua helikopter polis digunakan bagi membawa pegawai polis yang terkorban. Mangsa yang cedera dan mati dihantar ke Hospital Sungai Petani dan Hospital Alor Star. Dianggarkan seramai 13 penduduk Memali terbunuh dalam serbuan tersebut termasuk Ibrahim Libya. Menurut sumber, beliau ditembak berpuluh kali di dadanya oleh anggota Unit Tindakan Khas (UTK), dan sempat mengucapkan kalimah syahadah dipangkuan seorang pegawai kanan polis yang memangkunya sebelum beliau meninggal dunia. Jenazah Ibrahim serta pengikutnya dikebumikan dalam kubur panjang tanpa dimandikan kerana dipercayai tergolong sebagai para syuhada. Darah dan peluh mereka dikatakan masih basah walaupun sudah berhari-hari di bilik mayat. Sultan Kedah sendiri turun mencemar duli untuk mengunjungi makam tersebut.
Status mereka sebagai syahid disahkan oleh ahli Majlis Fatwa Kerajaan Negeri Kedah, Tuan Guru Haji Yahya Junid dan Ustaz Azahari Abd Razak berdasarkan mereka yang mempertahankan diri dan harta mereka adalah syahid. Bagaimanapun mereka yang mengeluarkan fatwa berkenaan disingkirkan daripada menganggotai badan fatwa berkenaan. [perlu rujukan]

[sunting]Korban

1. Ustaz Ibrahim Mahmud, Kampung Charok Puteh, Siong, Baling, Kedah 45 tahun, guru dan pendakwah Islam. Beliau meninggalkan seorang balu yang juga telah ditahan beberapa minggu dalam kem tahanan di markas Polis Hutan Sungai Petani, kemudian dipindahkan ke Penjara di Alor Setar sehingga dibebaskan. Beliau meninggalkan lima orang anak, dua orang sedang bersekolah dan tiga orang lagi masih kecil.
2. Ahmad Hassan, Kampung Alor Melentang, Gunung, Alor Setar, 30 tahun, kerja sendiri, bekas pegawai LPN, bekas ketua Dewan Pemuda PAS Kuala Kedah 1979-1981, bekas Setiausaha Kerja DPPN Kedah 1981-1983. Beliau meninggalkan seorang balu dan empat orang anak yang masih belum bersekolah.
3. Syafie bin Dahaman, Sekolah Menengah Siong, Baling, 30 tahun, guru Sekolah Menegah Siong, meninggalkan seorang balu dan seorang anak.
4. Haji Abdullah bin Haji Abdul Rahman, Mukim Siong Baling, 72 tahun, penoreh getah. Beliau meninggalkan seorang balu dan tujuh orang anak.
5. Abdul Manaf bin Waden, Kampung Becah Sawa, 58 tahun, penoreh getah, meninggalkan seorang balu dan tiga orang anak.
6. Ghazali bin Mohd Saman, Kampung Becah Sawa, 36 tahun, merinyu malaria, meninggalkan seorang balu dan 3 orang anak.
7. Mohd Radzi bin Ahmad, Kampung Ubi Memali, 27 tahun, penoreh getah, meninggalkan empat orang anak dan isterinya telah meninggal sejak beberapa lama.
8. Wan Abdullah @ Idris bin Lebai Kadir, Kampung Charok Bunting, Siong, Baling, 32 tahun, penoreh getah; meninggalkan seorang balu dan enam orang anak sebahagiannya masih bersekolah.
9. Mohd Aroff bin Hashim, Kampung Becah, Siong, 36 tahun, penoreh getah; meninggalkan seorang balu dan enam orang anak.
10. Zamri bin Md Isa, Kampung Charok Puteh, 37 tahun, pemandu; meninggalkan seorang balu dan tiga orang anak.
11. Abdullah bin Yasin, Kampung, Guar Reban, Kupang, 33 tahun, berniaga; meninggalkan seorang balu dan tiga orang anak.
12. Mohd Daud bin Kadir, Kampung Becah Sawa, 53 tahun, penoreh getah; meninggalkan seorang balu dan tiga orang anak.
13. Ahmad bin Ismail, Kampung Cepir, Sik, 30 tahun, mekanik motosikal; meninggalkan seorang balu dan 4 orang anak.
14. Haji Abdul Rahman bin Jusoh, Siong, Baling, 69 tahun. Beliau cedera parah dan akhirnya meninggal dunia kerana kecederaan tersebut pada 31 Jan 1986. 

   

    

Ideologi Che Guevara



Ernesto Guevara de la Serna (14 Jun 1928 - 9 Oktober 1967), biasanya dikenali sebagai Che Guevara atau el Che, ialah doktor Argentina, serta juga ahli politik, penyokong Marxisme, ketua pergerakan, dan gerila sosialisme di Cuba serta juga di negara-negara lain, termasuklah Congo. Sebagai seorang pemuda yang sedang belajar perubatan, pengembaraan Guevara ke seluruh Amerika Latin menolong beliau memahami secara langsung kemiskinan yang melanda kebanyakan rakyat. Menerusi pengalaman ini, beliau menjadi semakin yakin bahawa hanya pemberontakandapat menjadi penawar kepada ketidakseimbangan ekonomi di kawasan-kawasan yang berkenaan dan oleh itu, membawa beliau untuk mempelajari Marxisme dan terlibat dalam revolusi sosial Guatemala di bawah Presiden Jacobo Arbenz Guzmán.
Tidak lama kemudian, Guevara menjadi ahli separa tentera Fidel Castro yang merampas kuasa di Cuba pada tahun 1959. Selepas memegang pelbagai jawatan kementerian yang penting dalam kerajaan baru, termasuklah sebagai ketua penjara politik Castro, dan selepas menulis beberapa rencana dan buku mengenai teori dan amalan perang gerila, Guevara meninggalkan Cuba pada tahun 1965. Beliau berhasrat membangkitkan revolusi di Congo-Kinshasa (kemudian dinamai Republik Demokratik Congo) dan kemudian di Bolivia. Di Bolivia, beliau ditangkap dalam satu operasi ketenteraan terancang Agensi Perisikan Pusat (CIA) [1]. Guevara dihukum mati terus oleh Tentera Bolivia di La Higuera berhampiran Vallegrande pada 9 Oktober 1967 ketika berumur 39 tahun.
Selepas kematiannya, Guevara menjadi ikon pergerakan pemberontakan sosialis di seluruh dunia. Gambarnya oleh Alberto Korda (di atas) telah disebar luas. Kolej Seni Institut Maryland menggelar gambar ini sebagai "gambar foto termasyhur di dunia dan simbol abad ke-20" [2]
Ernesto Guevara de la Serna yang dilahirkan di RosarioArgentina[3] ialah anak sulung antara lima adik-beradik di dalam sebuah keluarga berketurunan campuran SepanyolBasque, dan Ireland. Tarikh lahirnya direkodkan dalam sijil kelahiran sebagai 14 Jun 1928, walaupun sesetengah sumber menyatakan bahawa beliau sebenarnya lahir pada 14 Mei tahun tersebut. [4]
Salah satu moyang Guevara, Patrick Lynch, dilahirkan di GalwayIreland pada tahun 1715, dan kemudian berpindah ke BilbaoSepanyoldan dari situ, menjelajah ke Argentina. Francisco Lynch (moyang Guevara) dilahirkan pada tahun 1817, dan Ana Lynch (neneknya) pada tahun 1861. Anaknya, Ernesto Guevara Lynch (bapa Guevara) pula dilahirkan pada tahun 1900. Guevara Lynch mengahwini Celia de la Serna y Llosa pada tahun 1927, dan mereka mempunyai tiga orang anak lelaki dan dua anak perempuan.
Berasal daripada sebuah keluarga kelas atas yang cenderung berhaluan kiri, Guevara telah dibimbing supaya mempunyai personaliti yang dinamik serta perspektif yang radikal sejak dari kecil lagi. Walaupun menghidapi penyakit lelah yang menjejaskan kehidupannya, beliau telah berjaya sebagai seorang olahragawan. Guevara juga pernah menjadi pemain ragbi di sebalik kecacatannya dan mendapat gelaran "Fuser" — singkatan untuk gabungan kata, "El Furibundo" (bahasa Inggerisraging) dan "Serna", nama keluarga ibunya — kerana gaya bermainnya yang agresif. [5]
Guevara belajar permainan catur daripada bapanya dan mula melibatkan diri dalam pertandingan-pertandingan tempatan sejak berumur 12 tahun. [6] Semasa keremajaannya, beliau minat akan puisi, terutamanya oleh Pablo Neruda. Guevara, sebagaimana yang biasa dilakukan oleh orang Amerika Latin dalam golongannya, turut menulis puisi pada sepanjang hayatnya. Beliau sangat gemar membaca, dengan minat yang berbeza-beza antara pengembaraan klasik oleh Jack London dan Jules Verne sehingga rencana-rencana mengenai keseksualan oleh Sigmund Freud serta falsafah masyarakat oleh Bertrand Russell. Pada akhir keremajaannya, Guevara membentuk minat mendalam dalam seni foto dan menghabiskan banyak masa untuk mengambil gambar orang, tempat, dan semasa pengembaraannya yang kemudian, tapak arkeologi.
Pada tahun 1948, Guevara menyertai Universiti Buenos Aires untuk mempelajari bidang perubatan dan selepas beberapa gangguan, menghabiskan pembelajarannya pada bulan Mac 1953. Walaupun demikian, beliau tidak menjalankan latihan klinikalnya yang diperlukan untuk menjalankan praktik kedoktoran. Oleh itu, beliau merupakan seorang "médico" yang bukannya "doctor en medicina."
Sebagai pelajar, Guevara menghabiskan banyak masa untuk mengembara mengelilingi Amerika Latin. Pada tahun 1951Alberto Granado, rakannya yang seorang ahli biokimia, mencadangkan agar Guevara bercuti setahun daripada kursus perubatannya supaya mengembara di Amerika Selatan, sebagaimana yang telah dibincangkan selama bertahun-tahun. Guevara dan Granado yang berusia 29 tahun ketika itu berlepas dari bandar asal mereka di Alta Gracia dengan menunggang motosikal Norton 500 cc 1939 yang dinamai mereka sebagai La Poderosa II (bahasa Inggeris"the Mighty One, the Second"). Mereka merancang untuk menghabiskan beberapa minggu membuat kerja sukarela di perkampungan pesakit kusta San Pablo di Peru yang terletak di kawasan pinggir Sungai Amazon. Guevara mengisahkan pengembaraannya dalam karya  Diari-dairi Motosikal yang telah diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris pada tahun 1996 dan dijadikan sebuah filem dengan nama yang sama pada tahun 2004.
Menyaksikan kemiskinan, penindasan dan ketiadaan hak mengundi di seluruh Amerika Latin serta dipengaruhi oleh buku-buku Marxisme, Guevara memutuskan bahawa satu-satunya cara untuk mengatasi ketaksamaan wilayah itu ialah melalui pemberontakan bersenjata. Perjalanan dan pembacaannya telah menyebabkan Guevara berpendirian bahawa Amerika Latin bukannya sekumpulan negara yang berasingan tetapi sebuah entiti tunggal yang memerlukan suatu strategi kebenuaan untuk pembebasannya. Tanggapannya terhadap sebuah Ibero-Amerika bersatu tanpa sempadan yang berkongsi kebudayaan 'mestizo' merupakan suatu tema berulangan yang ketara pada tempoh-tempoh kegiatan pemberontakannya yang kemudian. Sebaik sahaja Guevara pulang ke Argentina, beliau mempercepatkan penyiapan kursus perubatannya supaya dapat menyambung semula perjalanannya di Amerika Selatan dan Amerika Tengah. Beliau menerima diplomanya pada 12 Jun 1953.

[sunting]Guatemala

Selepas tamat belajar dari sekolah perubatan Universiti Buenos Aires pada tahun 1953, Guevara mengembara melalui Bolivia, Peru, EcuadorPanamaCosta RicaNicaraguaHonduras, dan El Salvador, sebelum akhirnya sampai ke Guatemala di mana President Jacobo Arbenz Guzmán memimpin kerajaan populist yang, melalui pelbagai pembaharuan, terutamanya pembaharuan tanah, cuba mengembalikan revolusi sosial. Ketika masa ini Guevara mendapat nama gelarannya, "Che", disebabkan sering menggunakan kata Argentina Che (disebut /tʃe/), digunakan sama seperti "hey", "kawan" atau "sahabat" dan digunakan secara basahan dipelbagai negara penutur Inggeris. Uruguay, Paraguay, dan Argentina adalah negara yang menggunakan perkataan ini, menjadikannya tanda niaga kawasan Rioplatense.
Merujuk kepada Jon Anderson, orang penghubung utama di Guatemala adalah seorang sosialis Hilda Gadea, yang telah mengenalkan Guevara kepada orang kabinet peringkat tertinggi dalam kerajaan Arbenz. Hilda merupakan seorang ahli Persekutuan Revolusi Amerika Popular atau (American Popular Revolutionary Alliance) (APRA), sebuah pergerakan politik yang diketuai oleh Víctor Raúl Haya de la Torre. Beliau juga telah membuat hubungan dengan orang buangan Cuba yang ada pertalian dengan Castro, termasuklah Antonio "Ñico" López, yang dikaitkan dengan serangan ke atas berek "Carlos Manuel de Céspedes" di Bayamo dalam provinsi Oriente, Cuba[7] dan orang yang mungkin mati di jambatan Ojo del Toro seketika lepas Granma mendarat di Cuba.[8] Guevara menggabungkan "moncadistas" dalam penjualan barangan agama yang berkaitan dengan Black Christ, dan beliau juga telah menolong dua orang pakar malaria Venezuela. Keadaan ekonomi adalah merumitkan, dan beliau telah menggadaikan barang kemas Hilda. Kemudian, pada 15 Mei1954, satu barangan infantri Skoda berkualiti tinggi dan senjata artileri ringan telah dihantar daripada negara komunisCzechoslovakia untuk kerajaan Arbenz telah tiba di atas kapal Sweden Alfhem. Bilangan senjata yang dianggarkan sampai adalah kira-kira 2000 ton oleh CIA [9] dan cukup mencurigalkan 2 tan oleh Jon Lee Anderson [10]. (Anderson's tonnage estimate is thought to be a typo due to how few scholarly sources support it.) Guevara briefly left Guatemala for El Salvador to pick up a new visa, then returned to Guatemala. Meanwhile, the CIA-sponsored coup attempt led by Carlos Castillo Armas had begun.[11] The anti-Arbenz forces were unable to stop the trans-shipment of the Czech weapons by train; however, after recovering energy, and apparently with the help of air support, they started to gain ground (Holland, 2005).
Guevara menyertai sepasukan tentera awam bersenjata yang dikendalikan oleh Belia Komunis untuk beberapa hari, tetapi kemudian kembali kepada tugas-tugas perubatannya. Selepas rampasan kuasa, Guevara bersukarela untuk bertempur, akan tetapi Arbenz menyuruh semua penyokong asing supaya meninggalkan negara itu. Selepas Gadea ditangkap, beliau melindungi diri di konsulatArgentina dan kemudian berpindah ke Mexico.
Penggulingan kerajaan Arbenz oleh sebuah rampasan kuasa yang dibantu oleh Agensi Perisikan Pusat mengukuhkan pandangan Guevara bahawa Amerika Syarikat merupakan sebuah kuasaimperialis yang secara tekal akan menentang sebarang kerajaan yang mencuba menangani ketaksamaan sosioekonomi yang endemik di negara-negara Amerika Latin serta negara-negara membangunyang lain. Ini mengukuhkan lagi keyakinannya bahawa sosialisme melalui perjuangan bersenjata yang dipertahankan oleh para penduduk bersenjata merupakan satu-satunya cara untuk membaiki masalah-masalah tersebut.